At last I decided to have a blog about my book reviews, it is going to take awhile for me to post all the books I have read as I am an avid reader. So please bare with me especially with the time I am taking to remember about all the books I have read. NGEEE!!!

Saturday, June 30, 2012

Stereo Genmai

Stereo GenmaiStereo Genmai by Ridhwan Saidi
My rating: 5 of 5 stars

Lepas balik dari Pesta Buku Selangor berbekalkan buku terbaru Ridhwan Saidi , Siz dan NieXo ke tempat kerja Niezxo di Flora Damansara. Setakat ini dah half way baca. In one sitting dah sampai mukasurat 68! Masa tuh Siz saja selak buku ni kat kedai e Quick&Easy tempat @NiezxO kerja. Nasib baik Ada kerusi Dan meja, tempat untuk lepak.

Tapi seriously! It really blew my mind and yes, cognitive overload AGAIN. Mana la Ridhwan Saidi boleh terifikir nak tulis buku macam ni?!

Setting cerita ni di Pavillion.Tapak di mana dahulunya terletak sebuah sekolah yang agak elit BBGS (Siz budak CBN) . Tak dapat dinafikan Ridhwan Saidi bijak memilih setting. Sebab Tapak tersebut mempunyai 1001 cerita sejak sebelum zaman perang lagik. So bila Siz mula2 baca. Macam2 andaian telah bermain dalam minda. Tapi tak ada satu pun yang mengena. Bila Siz dah mula nak memahami Jalan cerita, tetiba Ridhwan Saidi corner baring 90 darjah. alamak! A different ride altogether.

Baca buku ni macam naik train. Up to u nak turun Stesen mana. Tapi bila dah turun satu Stesen , tak semestinya anda berada dimana anda inginkan sebab ianya mungkin satu ilusi. Tapi kalau nak terus duduk dalam train, pegang kerusi kuat2! Sebab mungkin anda Akan tersembam kehadapan sebab train Akan tetiba berhenti, atau ia Akan bergerak terlalu laju...atau...?

Selamat Membaca!!

View all my reviews

Kopi

KOPIKOPI by Amir Muhammad
My rating: 4 of 5 stars

Okie.sejujurnya, buku Kopi nih masih lagi siz hirup sikit demi sikit. so, pendek kata review buku Kopi siz akan ada Bahagian Kedua.

1. Shaz Johar masih lagik mengekalkan tema ironinya dalam Kopi 3 Rasa. Jenuh argue dengan Zam mengenai erti KOPI O dalam cerpen tuh. Tapi ternyata, lepas tonton short filem Kopi 3 Rasa, ternyata interpretation Siz Tepat!

2. Ridhwan Saidi...ishk! This guy is extremely absolutely talented ( actually pada masa yang sama siz sedang baca bukunya yang terbaru MAUTOPIA. Pening sikit sebab dah macam buku literature zaman Siz ambik American Literature do Universiti jadinya ) . Tapi yang membuatkan siz tersedak sebab nak tergelak bila terbaca ayat ini "p/s : Jangan lupa sembahyang" Kenapa? Sebab ayat itu lah yang bro Ridhwan tulis dalam buku Amerika Siz! Just put it this way. His works are all mind blowing. Long short. Thin thick. He is twisted and definitely in his own world!

Nadia Khan : hihihihih sifat romantis Dan ending cerita cliffhanger masih Kekal.

Gina : bukan ngeri dah NIH....serum terus bulu Roma!

Adib : masih dalam duni fantasi. BAGUS!

Dayang Noor : Hebat! Rupanya dia boleh menulis selain genre IT. ( Hye Kak Dayang! )

Zara! : Bakat fresh from the oven. Pandai bermain ayat Dan out of the box! Memang Ada unsur 'terkaftab' . Tapi jangan risau! Very light. Siapa sangka sperm,Kopi Dan jubah boleh bersatu kan?

Okie...tunggu Bahagian kedua!

View all my reviews

Girl, Interrupted

Girl, InterruptedGirl, Interrupted by Susanna Kaysen
My rating: 5 of 5 stars

To tell you the truth. I can actually relate myself to Kaysen. What she experienced in the 'hospital' was quite similar with what I had experienced myself. Frankly I prefer the book ( I am sure most of us have heard that line before ) It is simply because , the book has more. I could actually feel what she felt from the book. And the journey she had while in there really touched my heart. It gives the 'others' who are not familiar with the psychiatric ward a bit of what 'we' see ourselves as and how we see the world.

View all my reviews

Amerika

AmerikaAmerika by Ridhwan Saidi
My rating: 5 of 5 stars

Saya suka Murshid sebab dia bukan seorang HIPOKRIT :)
Buku kedua karya Ridhwan Saidi ini amat 'dalam'. Banyak yang dipersoalkan mengenai pelbagai perkara yang patut di ketengahkan. Isu politik dan pemahaman diri. Saya suka dengan cara atau gaya penulisan Ridhwan Saidi yang begitu santai tetapi dapat membuat saya mengambil pen dan menggaris beberapa ayat ( banyak! ) di dalam buku Amerika. Jarang saya menggaris ayat2 di dalam novel. Tetapi karya saudara Ridhwan amat membuka minda saya.....Read ok! pst...18sx jugak!

View all my reviews


Cekik

CekikCekik by Ridhwan Saidi
My rating: 5 of 5 stars

OOOoookkkiiiieee...masa Kakashi baca buku nih...dia banyak ngomel pasal buku nih...so biler buku nih dia dah habis baca, dia pas kepada saya. And saya pon baca...patut la @Obefiend beri sedikit comment pasal buku nih dalam blog dia...buku nih memang one in a million...and like kakashi said to me...satu dalam sejuta kot benda macam nih nak berlaku di Malaysia...hahaha..betul2...tapi sehingga kini ..yes lepas dah habis baca pon - dalam sekelip mata jer tetiba dah muka surat akhir....ada satu persoalan yang masih terngiang-ngiang di fikiran nih..SIAPA?
tidak dinafikan buku ini 18sx..hihihi dan kurang sesuai bagi mereka yang suka akan buku yang skema dan 'not out of the box'. Buku kedua karya Ridhwan Saidi tidak kurang hebatnya ....sebab ia masik 18sx dan banyak 'deep topics'....SEKIAN! :)

View all my reviews

Ngeri

NGERINGERI by Gina Yap Lai Yoong
My rating: 4 of 5 stars

Selesai sudah membaca NGERI! memang NGERI cara-cara pembunuhan itu berlaku. Ini lah buku ke-8 terbitan Fixi yang berjaya dibeli dan dibaca.

Buku Ngeri ini ialah seperti siri penyiasatan Enid Blyton , sangat ringkas dan sesuai untuk bacaan santai. Walau bagaimanapun , pendekatan atau 'presentation' plot cerita ini fresh. Watak-watak dalam buku ini berhubung melalui email dan sms.[ buku Enid Blyton mana ada email dan sms kan? ]

Teknik pembunuhan yang sangat unik [ ala- ala CSI pon ada ] . Siapa sangka ada pembunuhan seperti di dalam buku Ngeri ini.

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menguasai bahasa dan menarik minat saya membaca buku ini sehingga tak sempat nak pergi ke toilet [ hahahahah ]

View all my reviews